Showing posts with label OhMyMovie. Show all posts
Showing posts with label OhMyMovie. Show all posts

Aku Ada, Kau Ada ??? (2012) Youtube Full Online



Sinopsis:
Filem Aku Ada Kau Ada mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej.Namun Tina dan Nordin rupanya ‘bermusuh sejak kecil dan bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan perasaan marah Tina makin menjadi. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luah perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi jika Nordin terima cintanya.

Aku Ada, Kau Ada ??? (2012) Youtube : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6

Youtube Video: Credit to MMFCinema
Tag : ,

Nongkrong (2012) Youtube Full Online



Sinopsis:
Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.

Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri.

Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil. Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka.

Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong.

Nongkrong (2012) Youtube Full Online : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6

Youtube Video: Credit to MMFCinema
Tag : , ,
 
© OhMyRojak : Macam Macam Ada | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO