Showing posts with label Makanan Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Makanan Ibu Hamil. Show all posts

Diet Pemakanan Seimbang untuk Ibu Mengandung



Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).
Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
- Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
- Berkhasiat untuk kesihatan bayi.

Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

Sumber asal : myMetro
Tag : , ,
 
© OhMyRojak : Macam Macam Ada | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO